professional photography workshop by Dinarshad Studio

Friday, May 21, 2010

Photo therapy series 1



Visual yang dirakam oleh dinarshad



Photo Therapy


Photo Therapy di Taman Negara adalah satu program berkaitan photography di dalam suasana dan persekitaran yang selesa dan nyaman. Idea asal untuk membuat program ini dicadangkan lebih kurang 3 bulan lepas selepas mendapat ilham dari yang Maha Esa. Saya memilih Taman Negara sebagai destinasi pertama dimana akan disusuli beberapa destinasi yang lebih santai dan relaks pada masa akan datang. Tujuan utama melakukan program ini adalah untuk berkongsi bersama para peserta mengenai teknik-teknik photography dan juga idea-idea baru serta memperkenalkan satu konsep iaitu commercial photography sebagai bidang yang diketengahkan. Dalam pada masa yang sama para peserta mendapat pengalaman disamping dapat merehatkan minda dan mengurangkan stress. Program selama 3 hari ini merangkumi beberapa sesi demo dimana saya menggunakan satu pendekatan commercial yang berkaitan dengan nature dan adventure. Sesi pertama bermula pada jam 5 petang dimana saya membuat setting satu pemandangan senja dalam keadaan seorang photographer sedang menikmati satu senario dalam keadaan nyaman dan selesa. Sesi kedua pada hari seterusnya bermula pada jam 8 pagi dimana pengambaran berlatarbelakangkan pokok-pokok yang hijau dan juga membuat konsep dimana seorang photographer sedang merakamkan subjek dari atas bot. Semuanya adalah setting tetapi apabila dilihat ianya nampak natural dan bersahaja. Saya menggunakan konsep nature travel ianya lebih kepada konsep structure elements yang berkaitan rule of third dan element lain seperti balance, colour, shape, texture, form dan sebagainya. Kesimpulan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula dari 7 Mei hingga 9 Mei 2010 ialah merupakan satu program yang tepat dan memuaskan hati para peserta. Saya sebagai pengarah berasa sukacita dan bangga kerana dapat bertemu dengan para peserta yang terdiri dari photographer yang muda,mampu bersaing dan kreatif ini serta berkongsi pengalaman bersama. Harapan saya kepada para peserta akan menjadi lebih professional dan mendapat kejayaan yang lebih besar kelak. salam




Visual yang dirakan oleh para peserta







Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung











0 comments: